Bunyinya seperti cliché. Namun, cliché atau tidak, anda harus menontonnya. Dalam naskah ini, kami tidak memilih konflik biasa filem Melayu - lazimnya berligar sekitar isu halangan orang ketiga atau ibu bapa. Apa yang kami hidangkan dalam naskah ini ialah hero dan beroin berkonflik dengan diri sendiri. Maknanya, hero dan heroin itu sendiri yang memusnahkan cinta mereka. Kenapa? Jawapannya terletak kepada sikap ego, sensitif, enggan berterus terang, sukar memaafkan dan mudah tercabar.
Ya, memang wujud dua watak orang ketiga dalam naskah ini. Namun, watak-watak ini tidak berniat untuk menghancurkan hubungan antara hero dan heroin. Ini menjadikan seolah-olah tiada ‘antogonis’ (villain) dalam naskah ini. Juga menjadikannya bukan sebuah cinta tiga segi.
Justeru, ia kisah cinta dua anak muda yang kaya dengan perasaan tetapi gopoh dalam membuat keputusan. Akibatnya mereka sendiri memusnahkan cinta itu lalu menanggung akibatnya.
Selain itu, naskah ini juga tidak berhasrat menjual 'bintang'. Sebaliknya, lebih kepada menjual cerita. Formula ini agak terkeluar dari kerangka pemikiran biasa penerbit filem tempatan. Dan adakah formula ini akan berjaya? Setakat ini, tiada kepastian kerana tayangannya masih tertangguh sejak dua tahun lalu.
No comments:
Post a Comment